Siri Pengenalan Saidina Rasulullah SAW (1):
Nama, Nasab dan Ibu Bapa Rasulullah SAW
Nasab Rasulullah SAW sampai ke Adnan
(dalam bahasa Arab)
أبو القاسم محمد بن عبد الله بن
عبد المطلب بن هاشم بن عبد مناف بن قصي بن كلاب بن مرة بن كعب بن لؤي بن غالب بن
فهر بن مالك بن النضر بن كنانة بن خزيمة بن مدركة بن إلياس بن مضر بن نزار بن معد
بن عدنان
.
Dalam Bahasa Melayu:
Nabi Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abd al-Muthalib
(nama asalnya: Syaibah al-Hamd. Al-Muthalib adalah bapa saudara kepada Syaibah
ini.) bin Hasyim (nama asalnya: ‘Amru) bin ‘Abd al-Manaf (nama asalnya:
al-Mughirah) bin Qushay (nama asalnya Zaid) bin Kilab (sebahagian pendapat
mengatakan bahawa, nama asalnya adalah: ‘Urwah) bin Murrah bin Ka’ab bin Luay
bin Ghalib bin Fahr (digelar sebagai Quraisy) bin Malik bin al-Nadhar (Qais)
bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah (nama asalnya: ‘Amru) bin Ilyas bin
Mudhar bin Nazzar bin Ma’da bin ‘Adnan.
[Rujuk Sirah Ibn Hisyam dan al-Kamil
fi al-Tarikh]
Ayahanda Baginda SAW: ‘Abdullah
bin ‘Abd al-Muthalib bin Hasyim bin ‘Abd al-Manaf bin Qusyai bin Kilab.
Ibunda Baginda SAW: Aminah binti
Wahbin bin ‘Abd al-Manaf bin Zuhrah bin Kilab.
Ibu-ibu Susuan Baginda SAW:
1.
Rahmah
binti Thuaibah
2.
Halimah
binti Abi Zu’aib al-Sa’diyyah
Nota: Imam
al-Nawawi menyebutkan dalam kitab al-Majmu’ dan Imam Ibn Hajar
menyebutnya dalam kitab Fath al-Bari bahawasanya, nasab Rasulullah SAW
sehingga ‘Adnan adalah disepakati oleh para ulama’. Adapun nasab Baginda SAW
selepas itu sehinggalah kepada Nabi Ibrahim a.s. bahkan kepad Nabi Adam a.s.
masih dalam perbincangan dan para ulama’ berselisih pendapat mengenainya.
Hadis: Abu Wida’ah berkata: pada suatu hari Ibnu Abbas datang
kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, seakan-akan Baginda mendengar
sesuatu, kemudian Baginda naik ke mimbarnya dan bersabda: “Siapakah aku?”
Sahabat menjawab: “Engkau Rasul Allah, salam atasmu.” Kemudian
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku adalah Muhammad bin
Abdillah bin Abdil Mutalib. Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk, maka
menjadikan aku yang terbaik dari mereka dalam golongan, kemudian menjadikan
mereka dua golongan, dan menjadikan aku yang terbaik dari mereka dalam
golongan. Kemudian menjadikan mereka bersuku-suku, dan menjadikan aku yang terbaik
dalam suku. Kemudian menjadikan mereka dalam keluarga-keluarga, dan Allah
menjadikan keluargaku yang terbaik di dalam semua keluarga mereka, dan yang
terbaik dalam nasab (garis keturunan).” [Dalam Jami’e
At-Tirmidzi, hadis ke 3608]