4.30.2013

Nama, Nasab dan Ibu Bapa Rasulullah SAW




Siri Pengenalan Saidina Rasulullah SAW (1):

Nama, Nasab dan Ibu Bapa Rasulullah SAW

Nasab Rasulullah SAW sampai ke Adnan (dalam bahasa Arab)

أبو القاسم محمد بن عبد الله بن عبد المطلب بن هاشم بن عبد مناف بن قصي بن كلاب بن مرة بن كعب بن لؤي بن غالب بن فهر بن مالك بن النضر بن كنانة بن خزيمة بن مدركة بن إلياس بن مضر بن نزار بن معد بن عدنان .

Dalam Bahasa Melayu:

Nabi Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abd al-Muthalib (nama asalnya: Syaibah al-Hamd. Al-Muthalib adalah bapa saudara kepada Syaibah ini.) bin Hasyim (nama asalnya: ‘Amru) bin ‘Abd al-Manaf (nama asalnya: al-Mughirah) bin Qushay (nama asalnya Zaid) bin Kilab (sebahagian pendapat mengatakan bahawa, nama asalnya adalah: ‘Urwah) bin Murrah bin Ka’ab bin Luay bin Ghalib bin Fahr (digelar sebagai Quraisy) bin Malik bin al-Nadhar (Qais) bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah (nama asalnya: ‘Amru) bin Ilyas bin Mudhar bin Nazzar bin Ma’da bin ‘Adnan. 

[Rujuk Sirah Ibn Hisyam dan al-Kamil fi al-Tarikh]

Ayahanda Baginda SAW: ‘Abdullah bin ‘Abd al-Muthalib bin Hasyim bin ‘Abd al-Manaf bin Qusyai bin Kilab.

Ibunda Baginda SAW: Aminah binti Wahbin bin ‘Abd al-Manaf bin Zuhrah bin Kilab.

Ibu-ibu Susuan Baginda SAW:

1.      Rahmah binti Thuaibah

2.      Halimah binti Abi Zu’aib al-Sa’diyyah

Nota: Imam al-Nawawi menyebutkan dalam kitab al-Majmu’ dan Imam Ibn Hajar menyebutnya dalam kitab Fath al-Bari bahawasanya, nasab Rasulullah SAW sehingga ‘Adnan adalah disepakati oleh para ulama’. Adapun nasab Baginda SAW selepas itu sehinggalah kepada Nabi Ibrahim a.s. bahkan kepad Nabi Adam a.s. masih dalam perbincangan dan para ulama’ berselisih pendapat mengenainya.

Hadis: Abu Wida’ah berkata: pada suatu hari Ibnu Abbas datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, seakan-akan Baginda mendengar sesuatu, kemudian Baginda naik ke mimbarnya dan bersabda: “Siapakah aku?” Sahabat menjawab: “Engkau Rasul Allah, salam atasmu.” Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku adalah Muhammad bin Abdillah bin Abdil Mutalib. Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk, maka menjadikan aku yang terbaik dari mereka dalam golongan, kemudian menjadikan mereka dua golongan, dan menjadikan aku yang terbaik dari mereka dalam golongan. Kemudian menjadikan mereka bersuku-suku, dan menjadikan aku yang terbaik dalam suku. Kemudian menjadikan mereka dalam keluarga-keluarga, dan Allah menjadikan keluargaku yang terbaik di dalam semua keluarga mereka, dan yang terbaik dalam nasab (garis keturunan).” [Dalam Jami’e At-Tirmidzi, hadis ke 3608]


No comments:

Post a Comment