6.11.2013

Jangan Hiraukan Pencela



Jangan Hiraukan Pencela

Seorang teman mulakan bicara,
Mengadu tentang kisah lama,
Derita, sengsara, dengan segala noda,
Dosa dan segala kesalahan semalam,
Ingin dilenyapkan dari memori silam,
Ingin menyinari semula hati yang kelam,
Namun tidak kuat hadapi tekanan,
Dari teman-teman yang katanya seperjuangan,
Kata mereka, pendosa hanya layak ke neraka,
jangan jadi poyo yang nak berlagak mulia,
Mereka terus menghukum setelah  menyiksa,
Katanya, memang aku lebih hina daripada mereka,
Tapi tidak semestinya ingin mati secara sia-sia,
Dan akhirnya masuk ke neraka.

Jangan bimbang teman,
Dengan segala cacian,
Pintu keampunan,
seluas rahmat Tuhan.

Biarkan para pencelamu,
Buat apa mereka mahu,
Asalkan kau tahu,
Apa yang engkau mahu.

Abaikan tekanan, dan cacian, duhai teman,
Para pencela tidak mampu melakukan,
Sebarang perubahan ke arah kebaikan,
Lalu menghasut teman lain agar terus dalam keburukan,
Abaikan, dan tinggalkan, Segala cela dan umpatan,
Mereka tidak pernah jadi mulia dengan mencelamu,
Kamu juga begitu, tidak hina dengan caci maki itu,
Lakukan, segala perubahan, kebaikan dan pembersihan,
Hanya kerana Tuhan.
Jangan cari perhatian, selain perhatian Tuhan,
Kelak kau akan nikmati kemanisan,
Dalam perhubungan, yang lebih membahagiakan,
Yang membawamu ke destinasi kesucian.

No comments:

Post a Comment