12.15.2009
Buku: Menjiwai Tauhid, Memurnikan Diri
Kami amat bersyukur dengan karya yang ditulis oleh Al-Fadhil Ustaz Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Al-Azhari ini. Karya tauhid yang beliau tulis amat mudah difahami serta sesuai untuk setiap peringkat usia. Oleh yang demikian, sewajarnya karya beliau ini dibaca terutamanya bagi mereka yang ingin mendalami perbahasan ilmu tauhid.
Lebih menarik lagi, karya beliau ini disulami dengan sebuah penghayatan tasawwuf. Usaha mengintegrasikan ilmu kalam dengan penghayatan tasawwuf adalah suatu usaha yang mulia. Ini kerana, ilmu tauhid yang tidak dihayati secara kesufian hanya akan meletihkan akal tetapi tidak membuahkan iman yang mantap. Usaha murni ini sangat memberi sumbangan dalam masyarakat Islam khususnya dalam memahami perbahasan tauhid lalu menterjemahkannya dalam bentuk penghayatan kerohanian.
Semoga Allah s.w.t. memberkati usaha beliau dan menerima usaha beliau sebagai amal soleh di sisi-Nya. Amiin.
Mohd Nasir bin Mohd Tap
Ketua Jabatan Penyelidikan dan Penerbitan
Kolej Dar Al-Hikmah
Buku ini sangat menarik, penting dan sangat mudah untuk difahami. Bahasanya ringkas, isinya padat dan pendekatan yang digunakan bersesuaian dengan kehendak semasa. Lebih menarik lagi, isinya mengandungi gabungan antara ilmu tauhid dengan ilmu tasawwuf yang memudahkan para pembaca memahami ilmu tauhid dan menghayatinya dalam kehidupan.
Ustaz Abdullah Thahir (http://al-fanshuri.blogspot.com)
Buku ini amat baik untuk mengenali aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bahkan, aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah adalah aqidah yang sejahtera dan perlu diikuti. Imam Abdullah Al-Haddad r.a. berkata: “Hendaklah kamu berpegang dengan aqidah Al-Asy’ari kerana ianya adalah suatu pegangan yang sejahtera dan bebas dari kufur dan kesesatan”.
Ustaz Nasir bin Othman, Imam Masjid Jamek Bahau, Negeri Sembilan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
assalamualaikum ,Mukhlis, apa khabar? ni umayr nih...kat mana ana nak beli buku anta tuh?
w/salam warahmatullah wabarakatuhu..
Ahlan wa sahlan akhi Umayr...
Buku ada diedar oleh syarikat yang terbitkan buku ana itu sendiri, iaitu Pelima Media.
Boleh juga dapatkan daripada ana. Kalau anta sudah ada di KL, anta boleh dapatkan daripada ana terus. Ataupun, boleh dapatkan daripada family ana di Bukit Antarabangsa.
Syukran atas sokongan akhi...
Semoga Allah berkati...
Post a Comment