4.20.2012

Imam Arsalan bin Ya’qub al-Dimasyqi (470-550 H)

Imam Arsalan bin Ya’qub al-Dimasyqi (470-550 H)

Latar Belakang

Beliau adalah Sheikh Abu al-Najm Arsalan bin Ya’qub bin ‘Abd al-Rahman bin Abdillah al-Ja’bari al-Dimasyqi. Beliau dilahirkan di kampung Ja’bar di persisiran pantai Furat, di Bandar Al-Riqqah Suriyyah, pada tahun 470 Hijriyyah. Beliau adalah antara para arifin yang terkenal. Nama “Arsalan” adalah dalam Turki yang bermaksud Singa. Beliau juga dikenali sebagai Sheikh Raslan Al-Turkumani.

Beliau hidup pada zaman Perang Salib. Ayah beliau sendiri adalah salah seorang tentera yang terlibat dalam peperangan dengan penjajah di Ja’bar. Kemudian, beliau pergi ke Damsyiq untuk meneruskan kehidupannya dan menyara keluarganya. Di awal usia Sheikh Arsalan, belau banyak beri’tikaf di sebuah masjid kecil di Damsyiq dan terlibat dengan aktiviti golongan sufi di sana. Beliau bersahabat dan mengambil tarbiah daripada Abu ‘Amir al-Mu’addib dan mengambil ilmu tasawuf daripada beliau. Kemudian, beliau mendiami zawiyyah (tempat ibadah) dalam beberapa waktu.

Perang Salib

Pada zaman itu, Syria terlibat dalam peperangan Salib. Tentera Salib sudah hampir ke pintu-pintu bandar Damsyiq pada ketika itu. Namun, Nuruddin al-Syahid sempat mengusir para tentera musuh daripada mencerobohi Damsyiq.

Ketika dalam suasana peperangan,. Sheikh Arsalan berpindah daripada hidup di dalam masjid menuju ke perbatasan para mujahidin untuk mempertahankan negara daripada serangan para tentera salib pada ketika itu.

Kewafatan

Beliau seterusnya fokus dalam bidang pentarbiahan sehinggalah usia beliau mencapai 95 tahun. Pada tahun 550 Hijriyyah (1155 Masihi) (dalam riwayat lain 560 H/1164 M), beliau meninggal dunia, lalu disemadikan di tanah perkuburan yang terkenal yang dinamakan dengan nama beliau iaitu Turbah al-Sheikh Arsalan di Damsyiq.

Karya Tauhid Arsalan

Beliau mempunyai sebuah risalah yang sangat ringkas tetapi isi kandugannya sangat tinggi maknanya. Risalah Tauhid tersebut disyarah oleh beberapa ulama’ besar seperti Sheikhul Islam al-Qadhi Zakaria al-Anshari al-Syafi’e, al-Allamah Shihab al-Din al-Thibi, Sheikh ‘Ala al-Din bin Shadafah dan Sheikh Abdul Ghani al-Nabulsi RA. Sheikh Arshad al-Banjari ada menterjemahkan syarah Sheikh Zakaria al-Anshari ke dalam bahasa Melayu (iaitu dalam kitab jawi) dengan beberapa catatan.

2.23.2012

Kepentingan Penggunaan Akal dan Tradisi Berfikir dalam Neraca Islam



Kepentingan Penggunaan Akal dan Tradisi Berfikir dalam Neraca Islam

Agama Islam adalah sebuah agama yang sangat menekankan kepentingan berfikir dan menggunakan akal secara murni. Ini kerana, Islam adalah agama yang benar dan mempunyai segenap bukti tentang kebenaran ajaran-ajarannya. Oleh yang demikian, antara jalan utama untuk mencapai dan menilai kebenaran Islam adalah penggunaan akal yang jujur dalam mencari kebenaran.

Antara kepentingan penggunaan akal adalah dalam memahami sebahagian sifat-sifat kesempurnaan Allah s.w.t. itu sendiri. Maksudnya, kepentingan akal juga mencakupi bidang ketuhanan (ilahiyyat) terutamanya dalam bab-bab konteks sifat-sifat ketuhanan tersebut, dengan batasan-batasan yang digariskan oleh syarak.

Allah s.w.t. menjadikan beberapa contoh penggunaan akal dan hujah logik dalam Al-Qur’an dalam membuktikan kebenaran ajaran aqidah tauhid murni antaranya:-

Pertama: Allah s.w.t. menceritakan tentang Nabi Ibrahim a.s. dengan kaumnya yang kufur. Allah s.w.t. menjelaskan betapa Nabi Ibrahim a.s. menggunakan suatu pendekatan logik dengan menghancurkan semua berhala kaumnya ketika ketiadaan mereka, lalu meninggalkan satu sahaja berhala yang besar yang tidak dihancurkan. Lalu, sebuah kapak digantungkan kepada berhala tersebut. Ketika kaumnya pulang ke kampung tersebut, mereka menyalahkan Nabi Ibrahim a.s. terhadap kehancuran tuhan-tuhan mereka. Lalu, Nabi Ibrahim a.s. menunjukkan kepada berhala besar tersebut. Kaum baginda a.s. mengingkari Nabi Ibrahim a.s. yang menyalahkan berhala besar kerana akal mereka tahu patung berhala tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk menghancurkan berhala-berhala lain. Lalu, dengan demikian, mereka terperangkap dengan persoalan, mengapa mereka menyembah berhala yang tidak dapat memberi manfaat dan menolak kemudaratan sama sekali? Namun, mereka tidak mahu menggunakan akal dan tidak mahu berfikir dengan cara yang logik (mengabaikan logik yang sangat mudah) sehingga mereka mengambil tindakan keras ke atas Nabi Ibrahim a.s.. [rujuk Surah Ibrahim: 59-70]

Kedua: Allah s.w.t mengambarkan andainya alam ini mempunyai lebih dari dua tuhan, nescaya ianya akan binasa. Ini juga suatu bentuk pendekatan logik yang digunakan oleh Allah s.w.t. dalam bidang aqidah murni Islam. [Rujuk Surah Al-Anbiya: 22 dan rujuk juga Surah Al-Mu’minun: 91]

Penggunaan akal sangat penting dalam mengkaji dan menyingkap rahsia dan kebesaran Allah s.w.t. di sebalik alam ini. Dengan berfikir, seseorang dapat melihat alam sebagai tanda-tanda bagi kewujudan dan kebesaran Allah s.w.t..

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya pada penciptaan langit-langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut dengan membawa apa yang bermanfaat buat manusia dan apa yang Allah turunkan dari langit yang berbentuk air, lalu dengan air itu, Allah menghidupkan bumi sesudah ianya mati (kering) dan Dia sebarkan di bumi akan segala jenis haiwan dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh terdapat tanda-tanda (kewujudan, keesaan dan kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal (berfikir). [Surah Al-Baqarah: 164]

Bahkan, dengan akal juga, manusia akan merenungi hikmah dan kebijaksaan Allah s.w.t. melalui penciptaan alam di sekeliling mereka. Ini kerana, Allah s.w.t. yang Maha Bijaksana tidak akan menjadikan sesuatu tanpa tujuan kerana setiap perbuatanNya berteraskan kebijaksanaan dan kesempurnaanNya.

Oleh yang demikian, Allah s.w.t. menggambarkan mereka yang sering menggunakan akal secara murni dan berfikir dengan cara yang betul akan menghayati hakikat ini. Mereka adalah golongan Ulul-Albab yang menghayati keesaan Allah s.w.t. dalam perbuatan-perbuatanNya melalui penciptaanNya.

Allah s.w.t. berfirman tentang mereka:

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih berganti malam dan siang itu, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (Ulil Albab). (190) Iaitu, mereka yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring lalu mereka memikirkan juga tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Wahai Tuhan kami. Tiadalah Engkau jadikan (semua) ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksaan api neraka (191)” (Surah Ali Imran: 190-191)

Disebabkan penghayatan terhadap hikmah Allah s.w.t. dalam kejadian alam inilah, justeru akal mereka yang cerdik tertumpu untuk menyingkap ruang kesempurnaan Allah s.w.t. melalui penciptaanNya. Lalu, mereka mengkaji setiap pelusuk alam ini bagi menyingkap hikmah tersebut di samping mengambil manfaat daripada alam sekeliling dalam rangka untuk menyempurnakan kehambaan mereka kepada Allah s.w.t..

Penggunaan akal secara murni dan cara berfikir yang benar sentiasa akan membawa kepada renungan yang bermanfaat dan menunjukkan kepada kebenaran yang utama. Oleh sebab itulah, ketika seseorang melihat hakikat alam ini adalah suatu tanda bagi kewujudan Allah s.w.t., maka semakin kuat renungannya kepada alam ini, semakin kuat rasa dalam jiwanya seolah-olah direnungi oleh Tuhan semesta alam.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Adakah mereka tidak memerhatikan kepada unta, bagaimana ia diciptakan? (17) Dan kepada langit bagaimana ia ditinggikan? (18) Dan kepada gunung, bagaimana ia ditegakkan? (19) Dan kepada bumi, bagaimana ia dihamparkan? (20) (Surah Al-Ghasyiah: 17-20)

Dengan merenung alam ini justeru membawa kepada penghayatan terhadap kasih sayang dan sifat pemurah Allah s.w.t. kepada para hambaNya. Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud:

Dan Dialah Allah yang menundukkan lautan (untukmu) agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan kamu melihat bahtera belayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari kurnia-Nya, dan supaya kamu bersyukur” (Surah An-Nahl: 14)

Alam ini bagaikan cermin tentang keagungan Allah s.w.t.. Bahkan, kesempurnaan alam ini menjadi cermin kepada hakikat diri sendiri dan seluruh alam ini yang berasal daripada perbuatan-perbuatanNya yang Maha Esa. Lalu, penghayatan yang lahir daripada cara berfikir yang baik adalah suatu penghayatan yang jelas terhadap kebenaran mutlak Allah s.w.t. dalam alam ini. Ia juga menggambarkan tentang perjalanan hidup seseorang yang akan kembali kepada kebenaran mutlak tersebut iaitulah “kita daripada Allah dan akan kembali kepadaNya”.

Allah s.w.t. berfirman lagi tentang hubung kait fikiran yang baik dengan natijah pemikiran yang baik:

Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka? Allah tidak menjadikan langit dan bumi serta apa yang terkandung di antara kedua-duanya melainkan dengan (tujuan) yang benar dan waktu yang telah ditetapkan. Sesungguhnya kebanyakan manusia benar-benar tidak ingat akan pertemuan dengan Tuhan mereka” (Surah Ar-Rum: 8)

Apa yang menyebabkan manusia leka daripada pertemuan dengan Tuhan mereka, melainkan kerana tidak mahu menggunakan akal mereka untuk merenungi hakikat diri mereka sendiri yang memang bukan berasal daripada diri mereka, tetapi sebaliknya berasal daripada Tuhan yang Maha Pencipta. Kalaulah mereka mahu berfikir dengan fikiran yang baik, nescaya mereka dapati hakikat diri mereka tidak pernah berasal daripada diri mereka sendiri, sehingga perlu lalai daripada hakikat bahawasanya diri sendiri berasal daripada suatu pihak yang lain, iaitulah Allah s.w.t..

Al-Qur’an mengkritik golongan yang tidak mahu menggunakan akal atau tidak mahu berfikir dengan fikiran yang baik dan cara yang betul dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Sesungguhnya makhluk (binatang) yang paling buruk di sisi Allah adalah orang-orang yang pekak (tidak mahu mendengar seruan kebenaran) dan orang-orang yang tuli lagi tidak berakal (tidak mahu berfikir dengan baik) (Surah Al-Anfaal: 22)

Bahkan,orang-orang yang kufur setelah disampaikan peringatan terhadap kebenaran ajaran tauhid adalah mereka yang tidak mahu berfikir dan tidak mahu menggunakan akal sebaik-baiknya. Sudah pasti, tradisi tidak mahu menggunakan akal ini suatu tradisi yang merugikan kerana ia membawa kepada seribu satu penyelesalan yang tiada nilainya.

Allah s.w.t. menceritakan tentang ahli neraka yang menyesali kekufuran mereka:

Mereka berkata: Jika kami mendengar (ajaran rasul) dan berfikir, nescaya kami tidak akan tergolong bersama ahli neraka (Surah Al-Mulk: 10)

Imam Al-Qurtubi meriwayatkan tafsiran Saidina Ibn Abbas r.a. tentang pernyataan orang-orang kafir yang tidak berfikir tersebut dengan berkata: “tidak menggunakan akal untuk membuat penilaian yang mendalam (nazhor)” [Tafsir Al-Qurtubi]

12.06.2011

Dalang Utama dalam Agenda Serangan Pemikiran (Al-Ghazwu Al-Fikr)



Dalang Utama dalam Agenda Serangan Pemikiran (Al-Ghazwu Al-Fikr)

Dalam Protokol Mesyuarat Para Pemimpin Ilmuwan Zionis ada menyebut:

"Goyim (orang-orang bukan Yahudi) adalah seperti sekumpulan biri-biri dan kita (Yahudi dan Zionis) adalah serigala-serigalanya. Anda juga pastinya maklum apa yang akan terjadi apabila serigala itu dapat menguasai kumpulan biri-biri tersebut?.." [1]

Jika kita menyoroti kembali tabir sejarah, sejak berlakunya kebangkitan Barat sehinggalah berlakunya serangan pemikiran terhadap umat Islam pada masa kini, kita dapati bahawa, di sebalik perkembangan tersebut wujudnya tokoh-tokoh Yahudi yang berperanan sebagai penggerak utama.

Sejak tertubuhnya The Priory of Sion, sebuah pertubuhan Yahudi, pada tahun 1099, orang-orang Yahudi mula menyusun propaganda untuk menjatuhkan seluruh tamadun manusia dan seterusnya menjadi pemimpin yang memimpin tamadun dunia.

Pada mulanya, golongan Yahudi tersebut menjadikan orang-orang Kristian sebagai sasaran propaganda mereka. Ini kerana, orang-orang Kristian pada ketika itu hidup dalam zaman kegelapan dan kemunduran dalam segenap bidang. Jadi, tamadun Barat Kristian yang wujud serba dhoif pada ketika itu lebih mudah dipengaruhi berbanding tamadun Islam yang begitu gemilang di segenap sudut, pada masa yang sama.

Maka, tokoh-tokoh pertubuhan The Priory of Sion mula mengorak langkah dalam menjauhkan peranan agama Kristian daripada masyarakat Barat. Mereka tidak menjatuhkan tamadun Barat Kristian secara terang-terangan, sebaliknya ianya dilakukan secara licik dan tersembunyi di sebalik agenda kemajuan dan pembangunan yang pada hakikatnya merosakkan.

Pada abad ke-15, berlaku proses Renaisans di Itali, yang didalangi oleh tokoh-tokoh Yahudi, di antaranya ialah Leonardo da Vinci, seorang anggota The Priory of Sion. Pada abad ke-16, berlaku pula gerakan pemulihan semula klasik Greek-Rumawi. Gerakan tersebut juga dikenali sebagai Reformasi, yang mencabar "kesucian" agama Kristian Katolik, sehingga menyebabkan kelahiran Mazhab Protestant. Gerakan ini juga dipimpin oleh tokoh-tokoh Yahudi seperti Marthin Luther (1483-1546M) dan John Calvin (1509-1564M).[2]

Tokoh-tokoh Yahudi yang mencetuskan kebangkitan Barat terutamanya di dalam bidang ilmu pengetahuan sebenarnya bukan bertujuan untuk membina sebuah tamadun Barat yang sempurna berteraskan ilmu pengetahuan, namun bertujuan untuk menghancurkan masyarakat Barat serta melenyapkan peranan agama Kristian dalam kehidupan mereka.

Tokoh-tokoh Yahudi turut melahirkan ideologi-ideologi yang bersifat anti-agama yang seterusnya menjadi pegangan dan ‘aqidah’ masyarakat Barat yang mengambil alih peranan agama suatu ketika dahulu. Tokoh-tokoh Yahudi berjaya melahirkan tokoh-tokoh ilmuwan di kalangan masyarakat Barat samada yang sekular mahupun athies. Golongan athies dan sekular inilah yang akan membantu bangsa Yahudi khususnya Zionis dalam menjajah seluruh umat manusia melalui ideologi-ideologi anti-agama dan anti-tuhan samada mereka menyedarinya ataupun tidak.

Ideologi-ideologi tersebut memainkan peranan penting sebagai alternatif bagi menggantikan peranan agama-agama dalam kehidupan manusia di Barat. Ianya melalui suatu proses yang sama seperti yang pernah berlaku pada zaman Yunani terdahulu di mana falsafah-falsafah digunakan sebagai alternatif bagi menggantikan peranan agama kedewaan masyarakat Greek di zaman tersebut. Para ilmuwan Yahudi mengambil pelajaran daripada sejarah tamadun Yunani tersebut lalu cuba menerapkan nilai "sekularisme" tersebut dalam masyarakat Kristian Barat dalam usaha menjatuhkan pengaruh agama Kristian dan menjauhkan masyarakat Barat daripada pihak gereja Kristian.

Dr. Abdul Rahman turut menyenaraikan tokoh-tokoh Yahudi yang mempengaruhi perkembangan Revolusi Sains (1500-1700) di Barat, yang menjadi titik permulaan kepada serangan-serangan pemikiran masa kini. Ia juga berkait rapat dengan kemunculan ideologi-ideologi yang akhirnya memusnahkan tamadun-tamadun kemanusiaan.

Diantaranya adalah, Copernicus (1473-1543), Francis Bacon (1561-1626), Renes Descartes (1596-1650), dan Isaac Newton (1642-1727).[3]

Golongan Yahudi juga bergerak secara berkumpulan di dalam agenda Sekularisasi. Di antara pertubuhan-pertubahan Yahudi adalah, The Rosicrucian, The Royal Society of London, Freemason, Illuminati dan sebagainya.[4]

Kesimpulan yang dapat diambil ialah, orang-orang Yahudilah yang mendalangi usaha untuk menghancurkan tamadun manusia dengan ibu serangan pemikiran ( Al-Ghazwu Al-Fikr) iaitulah: Sekularisme.

Kini, pertubuhan Yahudi seperti Zionis (As-Sohyuniyah) dan Freemason (Al-Masoniyah) menjadi ancaman utama terhadap masyarakat dunia samada secara terang-terangan (seperti Zionis) mahupun secara tersembunyi (seperti Freemason).

Pertubuhan Zionis khususnya, terlibat secara langsung di dalam peperangan secara fizikal dengan umat Islam seperti yang berlaku di Palestin, Lubnan dan sebagainya. Adapun Freemason pula merupakan sebuah pertubuhan sulit yang bergerak secara rahsia dalam menghancurkan umat Islam terutamanya dalam bentuk serangan pemikiran, di samping menjadi penyokong dan pembantu kepada Zionis. Pergerakan Freemason menyelinap masuk ke dalam banyak negara-negara Islam dengan pelbagai wajah pendustaan dan tipu daya atas nama persaudaraan dan sebagainya.

Walaupun Zionis merupakan pertubuhan Yahudi, namun keahliannya terbuka kepada orang-orang bukan Yahudi juga, asalkan mereka (orang-orang bukan Yahudi) berjanji setia untuk membantu golongan Zionis Yahudi untuk membina Haikal Sulaiman di tapak Masjid Al-Aqsa.[5]

Freemason juga merupakan pertubuhan utama dalam melaksanakan misi serangan-serangan ke atas umat Islam dan agama Islam terutamanya dalam serangan pemikiran.

Freemasonry adalah sebuah nama baru dari gerakan rahsia yang dibuat oleh sembilan orang Yahudi di Palestin, pada tahun 37 M, yang bertujuan untuk melawan agama Masihi dan penganut-penganutnya dengan cara pembunuhan seorang demi seorang.[6]

Setelah dihapuskan oleh Islam, Freemasonry sekali lagi di bentuk secara rasmi pada tahun 1717 M, di London, di bawah pimpinan Anderson. Beliau merupakan ketua gereja Protestant, tetapi pada hakikatnya merupakan seorang Yahudi. Dalam seminar tersebut, Freemason terbahagi kepada tiga peringkat:[7]

1) Freemason Simbolik Umum: (Peringkat terbawah. Anggotanya: Yahudi dan bukan Yahudi)

2) Freemason Kerajaan (Royal): (Peringkat pertengahan. Anggotanya: Yahudi dan segelintir bukan Yahudi yang berpangkat tinggi dalam peringkat Freemason Simbolik Umum)

3) Freemason Alam Semesta: (Peringkat tertinggi. Anggotanya: Ketua-ketua Yahudi sahaja)

Matlamat-matlamat tersembunyi Freemason:[8]

1) Menghancurkan semua bangsa selain Yahudi

2) Mengibarkan bendera Israel dan mendirikan Haikal Sulaiman di bekas runtuhan Masjid Al-Aqsa

3) Mewujudkan negara Yahudi Antarabangsa untuk menguasai dunia

Matlamat-matlamat tersembunyi Freemason dan Zionisme:[9]

1) Meleraikan ketidaksenangan bangsa-bangsa lain (Goyim) terhadap orang-orang Yahudi

2) Menghimpun penjelasan dan menyingkap pendapat masyarakat umum

3) Memasukkan sebahagian cara fikir untuk menjauhkan agama dan negara dari para penguasa

4) Memasukkan pengaruh terhadap ketetapan politik, ekonomi, sosial dan budaya di seluruh dunia.

5) Mengerahkan perisik-perisik dalam melaksanakan tujuan jahat tersebut.

Matlamat ketiga tersebut merupakan matlamat yang menjadi dasar kepada serangan pemikiran ke atas umat Islam sehingga hari ini. Mereka cuba untuk menjauhkan agama daripada masyarakat dan para pemimpin sesebuah negara agar pemimpin-pemimpin Islam dapat membina negara-negara Islam Sekular, yang jauh daripada ajaran Islam. Malangnya bagi sesetengah negara umat Islam yang masih terlena dalam mimpi penipuan golongan Zionis, sehingga terus memperjuangkan corak pemerintahan secara Sekular.

Apa yang jelas di sini, setiap perkembangan ideologi-ideologi, falsafah-falsafah, teori-teori dan pemikiran-pemikiran, merupakan agenda asas golongan Yahudi dalam memusnahkan masyarakat dunia terutamanya umat Islam, yang hanya tinggal satu-satunya umat manusia, yang masih kukuh berpegang dengan nilai-nilai murni ajaran agamanya (iaitu Islam).

Hal ini jelas terpapar di dalam Protokol Zionisme iaitu:

Biarkan mereka (Goyim) dengan teori-teori itu. Kerana itulah, yang sentiasa mempengaruhi mereka supaya mereka mempercayai sepenuhnya teori-teori tersebut. Para intelek Goyim akan berasa bangga dengan pengetahuan mereka tanpa menentukan samada pengetahuan tersebut betul atau salah, dan mereka menggunakan pengetahuan mereka yang telah diperolehi daripada sains, yang telah digunakan oleh wakil-wakil khas kita, yang telah menyusun untuk membawa mereka ke arah yang kita mahu.

“Jangan menyangka bahawa, kenyataan-kenyataan ini kosong dan tidak bermakna. Renungkanlah kejayaan yang kita usahakan untuk Darwinisme, Marxisme, Neistzscheisme. Bagi kita orang-orang Yahudi, nyatalah bahawa, perintah-perintah (ideologi-ideologi) ini akan melemahkan fikiran orang-orang Goyim.(Perkara 2-3)[10]

Maksudnya, para ilmuwan Zionis mentertawakan golongan bukan Yahudi (goyim menurut mereka) terutamanya umat Islam, kerana terlalu berpegang kepada maklumat-maklumat yang disampaikan oleh mereka melalui institusi-intisuti pengajian tinggi khususnya di Barat (seperti kolej-kolej dan universiti-universiti), tanpa memastikan kebenaran maklumat-maklumat tersebut dalam segenap bidang terutamanya dalam bidang Sains dan Sejarah yang penuh dengan unsur-unsur pendustaan.

Apa yang dapat kita saksikan, pelbagai penipuan yang sedang dimuatkan dalam bidang Sains sehingga seolah-olah ianya suatu fakta. Antara penipuan-penipuan tersebut adalah teori Darwin yang masih cuba dibuktikan kebenarannya oleh golongan ilmuwan Yahudi dan para pengikut mereka, padahal ia jelas menyalahi aqidah Islam, malah menyalahi pegangan-pegangan agama samawi yang lain.

Begitu juga dalam bidang Psikologi di mana para ilmuwan Yahudi menyajikan pelbagai ideologi songsang dan merosakkan dalam bidang tersebut seperti fahaman Fruedisme, Humanisme dan Behaviourisme.

Di antara bentuk serangan pemikiran orang-orang Yahudi juga termasuklah dalam aspek sosial yang diasaskan dengan ideologi Materialisme dan Hedonisme, dengan mengemukakan gaya hidup yang mewah dan kebebasan dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Dalam Protokol Zionisme lagi, ada menyebut: “Para pemuda (Goyim) dungu kerana tenggelam dalam kesenangan sejak kecil…Maka wanita juga tidak ketinggalan meniru cara hidup mewah dan membuat kemungkaran” (Ayat Pertama)[11]

Moral generasi muda Goyim waktu kini sudah kita hancurkan dengan memperkenalkan prinsip-prinsip (seperti hedonsime) dan teori-teori palsu (seperti teori Freud), yang sudahpun kita ketahui bahawa ia merupakan teori-teori yang rosak, namun kini, kita suapkannya ke dalam pemikiran mereka.” (Ayat 9)

Untuk mencegah mereka (Goyim) menemukan langkah baru dalam politik, kita mesti mengheret mereka ke dunia hiburan seperti judi, seks, pusat hiburan dan sebagainya. Di samping itu,letakkan iklan-iklan di dalam akhbar-akhbar agar para remaja sibuk di dalam seni, olahraga, nyanyian dan sebagainya.” (Ayat 13)

Lihatlah betapa agenda para ilmuwan Zionis sangat licik dan tersembunyi. Apa yang kita dapat lihat pada hari ini, sebahagian besar media massa dan media elektronik mengetengahkan jalan-jalan menuju dunia hiburan tanpa sempadan sehingga melampaui batasan-batasan keagamaan.

Para remaja khususnya disibukkan dengan seni yang melampau, sehingga menjatuhkan nilai-nilai dan moral lalu menjauhkan mereka daripada agama mereka. Ramai yang tenggelam dalam dunia perfileman, dunia nyanyian dan sebagainya kerana tertarik dengan alam kemasyhuran. Rancangan-rancangan realiti yang turut mempromosikan bidang hiburan dan nyanyian turut tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Dunia Barat sebenarnya memainkan peranan yang sangat berkesan dalam menarik masyarakat Islam khususnya kepada kelalaian dunia-dunia hiburan tersebut, khususnya dengan mengetengahkan "keagungan" kehidupan di Hollywood yang menjadi seolah-olah syurga duniawi.

Demikianlah di antara agenda-agenda yang menjadi misi utama gerakan-gerakan Yahudi dalam meruntuhkan umat manusia. Kini, skop misi mereka menjadi semakin kecil dan jalan mereka semakin mudah kerana kebanyakkan masyarakat dunia sudahpun dijajah oleh bangsa Yahudi melalui ideologi mereka.

Kini, musuh yang tinggal bagi bangsa Yahudi ialah, bagaimana untuk memunsahkan umat Islam secara menyeluruh, sedangkan dalam kalangan mereka, masih ada golongan yang berpegang dengan ajaran agama Islam yang mantap dan kuat mempertahankan para penganutnya daripada kesesatan yang dibawa oleh tokoh-tokoh Yahudi. Serangan-serangan pemikiran inilah yang menjadi antara senjata utama para musuh Islam dalam memusnahkan umat Islam.


[1] Protokol-protokol Mesyuarat Para Ilmuwan Zionis, Protokol 11, m/s 215

[2] Ibid m/s 29

[3] Ibid m/s 30

[4] Ibid

[5] Dr. As’ad As-Sahmarani, Min Al-Yahudiyah ila As-Sohyuniyah (Daripada Yahudi kepada Zionisme), m/s26 (Dar An-Nafa’is, Beirut, 2000)

[6] Muhammad Fahim Ahmad, Rahsia Gerakan Freemasonry dan Kelab Rotary (terjemahan), m/s 3 (Pustaka Syuhada, Kuala Lumpur, 1998) (Tajuk asal: Al-Ahdaf Al-Mu’linah Wal Asrar Al-Kafiyah Li’andiyati Ar-Rotary wal Al-Masuniyah )

[7] Ibid, m/s 3-18

[8] Ibid m/s194

[9] Ibid

[10] Dr. Abdul Rahman, Tradisi Falsafah Ilmu, m/s 38

[11] Muhammad Fahim Amin, Rahsia Gerakan Freemasonry dan Rotary m/s 200-202