Pengenalan Surah al-Ikhlas
Surah Al-Ikhlas merupakan antara surah yang mempunyai ketinggian kedudukannya dalam Al-Qur`an. Ia dinilai sebagai Surah Makiyyah yang mana intipatinya banyak berkisar tentang tauhid dan sifat-sifat ketuhanan.
Surah Al-Ikhlas merupakan antara surah yang mempunyai ketinggian kedudukannya dalam Al-Qur`an. Ia dinilai sebagai Surah Makiyyah yang mana intipatinya banyak berkisar tentang tauhid dan sifat-sifat ketuhanan.
Secara asasnya, al-Qur`an
dari sudut penurunannya terbahagi kepada dua jenis iaitu:
Pertama: Makki:
Ayat yang diturunkan sebelum Hijrah.
Kedua: Madani:
Ayat yang diturunkan selepas Hijrah. Samada diturunkan di Makkah mahupun di
Madinah. Walaupun ianya diturunkan pada masa haji di Makkah dan sebagainya,
masih dikira sebagai Madani, kerana diturunkan selepas hijrah.
Maka, surah
Al-Ikhlas adalah surah Makkiyyah iaitu yang diturunkan sebelum Hijrah. Surah
Makkiyyah ada lapan puluh lima (85) surah semuanya. Imam al-Zakrkashi
menyebutkan dalam kitab al-Burhan fi Ulum al-Qur`an bahawasanya, surah al-Ikhlas
diturunkan di Makkah selepas surah An-Nas, iaitu surah yang ke-21 daripada 85
surah Al-Makkiyyah tersebut.
Imam Qatadah
menyebutkan:
إن الله أسس السماوات السبع
والأرضين السبع على هذه السورة " قل هو الله أحد
Maksudnya: “Sesungguhnya
Allah SWT mengasaskan langit yang tujuh dan bumi yang tujuh ini di atas surah
Qul Huwallahu Ahad ini” [al-Istizkar oleh Imam Ibn ‘Abd al-Barr]
Maksudnya, di atas
asas ketauhidan dan kekuasaan Allah SWT sebagaimana yang disebut secara
ringkasnya dalam surah Al-Ikhlas ini. Ini menunjukkan betapa surah Al-Ikhlas
ini mengandungi pelbagai rahsia, makna ketauhidan dan asas-asas hubungan
kehambaan dengan Allah SWT.
No comments:
Post a Comment