Jangan Hiraukan Pencela
Seorang
teman mulakan bicara,
Mengadu
tentang kisah lama,
Derita,
sengsara, dengan segala noda,
Dosa
dan segala kesalahan semalam,
Ingin dilenyapkan dari memori silam,
Ingin menyinari semula hati yang kelam,
Namun
tidak kuat hadapi tekanan,
Dari teman-teman
yang katanya seperjuangan,
Kata
mereka, pendosa hanya layak ke neraka,
jangan
jadi poyo yang nak berlagak mulia,
Mereka terus menghukum setelah menyiksa,
Katanya,
memang aku lebih hina daripada mereka,
Tapi tidak
semestinya ingin mati secara sia-sia,
Dan akhirnya
masuk ke neraka.
Jangan
bimbang teman,
Dengan segala
cacian,
Pintu
keampunan,
seluas rahmat
Tuhan.
Biarkan
para pencelamu,
Buat
apa mereka mahu,
Asalkan
kau tahu,
Apa
yang engkau mahu.
Abaikan
tekanan, dan cacian, duhai teman,
Para
pencela tidak mampu melakukan,
Sebarang perubahan ke arah kebaikan,
Lalu menghasut teman lain agar terus dalam
keburukan,
Abaikan,
dan tinggalkan, Segala cela dan umpatan,
Mereka
tidak pernah jadi mulia dengan mencelamu,
Kamu
juga begitu, tidak hina dengan caci maki itu,
Lakukan,
segala perubahan, kebaikan dan pembersihan,
Hanya
kerana Tuhan.
Jangan cari perhatian, selain perhatian Tuhan,
Kelak kau akan nikmati kemanisan,
Dalam perhubungan, yang lebih membahagiakan,
Yang membawamu ke destinasi kesucian.
No comments:
Post a Comment