Peringkat-peringkat Belajar
Imam al-Safarini menyebut dalam Ghiza’
al-Albab bahawa ada enam peringkat belajar:
- Soalan
yang baik.
- Tumpuan
yang baik.
- Kefahaman
yang baik dan benar
- Menghafal
ilmu tersebut.
- Mengajar
ilmu tersebut.
- Mengamalkan
ilmu tersebut dan memelihara batasan-batasannya.
Maka, perlu diketahui juga tentang
halangan-halangan untuk mendapatkan ilmu. Ia juga ada enam perkara:
- Tidak bertanya jika tidak faham atau kurang faham.
- Tidak memberi tumpuan.
- Salah faham.
- Tidak menghafal atau tidak mengingati ilmu tersebut.
- Tidak
menyebarkan ilmu itu setelah menguasainya.
- Tidak
mengamalkannya.
Kaedah Belajar
Imam al-Syafi’e r.a. menyenaraikan enam
kaedah menuntut ilmu iaitu:
1)
Cerdik
2)
Keinginan yang tinggi terhadap ilmu.
3)
Bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu.
4)
Cukup perbelanjaan dan kos untuk menuntut ilmu.
5)
Berguru dengan guru yang berkelayakan.
6)
Lama masa pembelajaran tersebut.
Antara Ciri-ciri Ahli Ilmu
Hendaklah seorang ‘Alim (berilmu) itu
mempunyai sepuluh sifat yang utama:
1)
Takut kepada Allah s.w.t..
2)
Menasihati.
3)
Kasih sayang
4)
Kuat dalam menghadapi cabaran.
5)
Sabar.
6)
Penyayang dan pemaaf.
7)
Tawadhuk (rendah diri)
8)
Menjaga kemurnian harta manusia.
9)
Sentiasa merujuk kitab-kitab.
10)
Meninggalkan protokol dan birokrasi, dan sentiasa terbuka
menerima tetamu.
Zakat Ilmu
Imam al-Safarini menyebut tentang zakat
ilmu, iaitu ada dua:
- Mengajarkan
ilmu tersebut kerana Allah s.w.t..
- Mengamalkan
ilmu tersebut
No comments:
Post a Comment