Tradisi Perkembangan Ilmu
Pengetahuan Aqliyyah (Bersifat Akal) Di Mesir
Tradisi dan budaya keilmuan memang sudah
berkembang sejak zaman Mesir Purba lagi di mana sejarah menjadi saksi betapa
tamadun Mesir Purba merupakan salah satu daripada tamadun kemanusiaan yang
dibangungkan dengan penuh gemilang.
Jika didapati piramid-piramid di Mesir
juga, ianya menjadi salah satu daripada tanda keagungan budaya kesarjanaan
tamadun Mesir Purba. Begitu juga bagaimana mayat-mayat Firaun diawet dan
disimpan jasmaninya, menunjukkan ketinggian penguasaan ilmu para ilmuwan zaman
tersebut. Bahkan, mereka yang terlibat dalam bidang keilmuan juga adalah
terdiri dari kalangan mereka yang memimpin dalam bidang keagamaan.
Sejarah Nabi Yusuf a.s. juga tidak
kurang hebatnya dari sudut pentadbiran sesebuah ketamadunan. Pada ketika itu,
sudah perkembang teknologi saliran air, pentadbiran sumber pertanian, kewangan
dan sebagainya.
Setelah Islam berkembang, Mesir juga
mempunyai bentuk sejarahnya yang tersendiri dalam dunia Islam sehingga menjadi
antara penyumbang utama kepada pembangunan ketamadunan Islam. Sehinggakan,
dalam kitab Husn al-Muhadarah, Imam as-Suyuti menyebutkan bahawasanya,
ketika mana Mesir terus berkembang sebagai pusat ilmu dan tempat tinggal ramai
para ulama’, maka ia terus maju dari sudut pentadbiran. Ia adalah salah satu
rahsia daripada rahsia khilafah kenabian yang diwarisi oleh umat Islam.
Dar al-Hikmah di Zaman Fathimiyyah
Dalam pertembungan politik antara Syiah
Fathimiyyah dengan Sunniyyah Abbasiyyah pada kurun keempat Hijrah, Syiah
Fathimiyyah yang pada ketika itu menguasai Kaherah telah menubuhkan sebuah
institusi besar dalam mengembangkan ilmu pengetahuan. Ia dikenali sebagai Dar
al-Hikmah yang diasaskan pada tahun 395 Hijriyyah. Ia berkonsepkan
perpustakaan yang besar yang menghimpunkan pelbagai rujukan dalam pelbagai
jenis dan bidang ilmu pengetahuan samada rujukan terkini mahupun manuskrip yang
lama.
Seorang sejarawan Islam iaitu Imam
al-Maqrizi telah mencatatkan bahawanya, ada sebanyak sejuta enam ratus ribu
lebih jilid buku yang terkandung dalam Dar al-Hikmah di Kaherah pada
ketika itu. Sehinggakan, ia dinilai sebagai antara perpustakaan yang terbesar
dalam dunia Islam pada ketika itu, yang lebih besar berbanding Bait
al-Hikmah di Baghdad. Dar al-Hikmah tersebut dikunjungi oleh ramai
para ulama’ dan ilmuwan Islam termasuklah para doktor yang melakukan pelbagai
penyelidikan ilmiah di sana dengan galakan pemerintah pada ketika itu.
Lalu, Dar al-Hikmah melahirkan
ramai Fuqaha’ dan ilmuwan yang terus memperjuangkan mazhab Syiah
Fathimi. Bahkan, kerajaan Fathimiyyah sangat bergantung kepada para ilmuwan dan
Fuqaha’ Dar al-Hikmah ini terutamanya dalam menyebarkan dakwah
Syiah Fathimiyyah dan melawan para ulama’ ahli sunnah wal jamaah pada
pertembungan ilmiah.
Dari sinilah didapati bahawa, terdapat
perbezaan ketara antara Dar al-Hikmah di Kaherah yang ditubuhkan oleh
Fathimiyyah untuk menjadi benteng mazhab Fathimi dengan Bait al-Hikmah
yang diasaskan oleh Khilafah Abbasiyyah di Baghdad yang bersifat lebih terbuka
dan menyeru ke arah kebebasan bersuara dan berdebat. Ini kerana, Bait
al-Hikmah di Baghdad banyak menerbitkan rujukan-rujukan bersifat ilmu-ilmu
aqliyyah seperti mantik, falsafah, ilmu falak, matematik, kedoktoran dan
sebagainya, sehingga ianya dikunjungi juga oleh para ilmuwan bukan Islam. Oleh
itu, kita dapati, khalifah Ma’mun pernah terpengaruh dengan sebahagian fahaman
Mu’tazilah tetapi tidak memaksa kesemua tokoh-tokoh ilmuwan mengikutinya. Maka,
berlakulah perdebatan-perdebatan ilmiah di sana, tidak seperti di Dar
al-Hikmah di Kaherah.
Akhirnya, berlaku pertembungan hebat
antara dua golongan Syiah Fathimiyyah sehingga menyebabkan kemerosotan
pengajian di Dar al-Hikmah di Kaherah. Setelah Syiah ditewaskan oleh
tentera Sultan Salahuddin al-Ayyubi, maka, Dar al-Hikmah telah diresapi
oleh para ulama’ ahli sunnah wal jamaah sehingga menyebabkan ianya berubah dan
tidak berkembang. Suasana keilmuan berkembang dengan lebih pesat di Jami’e
al-Azhar dengan pemeliharaan para ulama’ ahli sunnah.
Bersambung...
Bersambung...
2 comments:
Salam ustaz.
Maaf bertanya, bukankah khalifah al-ma'mun yang memerintahkan seluruh rakyat di bawah pemerintahannya supaya mengatakan Al-Quran itu makhluk...?
fitnah khalq quran memang besar slm sejarah islam. namun khalifah lbih memilih utk mempengaruhi ilmuwan scra debat ilmiah dgn tokoh2 mutazilah. sbhgian tokoh shja diberi tekanan ttpi tidak brjaya mnyebabkn seluruh ulama islam mnjadi mutazilah. rakyat umum juga tidak mnjaDI mutazilah. ini mnunjukkan khalifah tidK trlalu ghairH dlm mmpengaruhi umat islam secRA ksdluruhan.
budaya mutazilah sndri cdrung kpd debat brbanding pksaan.. sbb ith mrk dikenal sbg ahli kalam.
Post a Comment