Kaedah: Tidak
Memiliki, Tidak Kehilangan
Hayatilah
sebuah hakikat yang nyata, iaitu mengenai diri kita. Kita adalah siapa diri
kita, maka terimalah diri kita seadanya. Jika kita tidak dapat menerima diri
kita seadanya, siapa yang mahu menerima diri kita seadanya?
Allah s.w.t.
yang Maha Esa, menciptakan kita, daripada tiada, kepada ada. Dia menciptakan
kita dengan ilmu, kehendak dan kuasa-Nya. Lalu, setelah kita diciptakan,
wujudlah kita, dengan-Nya.
Adakah kita
wujud? Kita secara hakikatnya, tidak wujud. Iaitu, kita secara asalnya, tidak
ada. Tetapi, kita diwujudkan oleh Allah s.w.t., maka kita sebenarnya
adalah:
“Tiada, yang
diadakan”
Ini adalah
hakikat yang nyata, bagi sesiapa yang ingin berkenalan dengan dirinya sendiri.
Kita “ada” dengan-Nya, maka tidak sewajarnya merasa ada secara terasing
daripada-Nya.
Jika wujud
kita bukan milik kita, diri kita pun bukan milik kita, apa yang sebenarnya
menjadi milik kita? Semua yang ada dalam kehidupan kita, sama sahaja, iaitu
bukan milik kita, samada kita nisbahkan kepada diri kita ataupun tidak, kerana
diri kita yang menjadi tempat dinisbahkan semua ‘milik’ kita sendiri bukan
milik kita.
Semuanya
milik Allah s.w.t., termasuk diri kita. Samada, kita mahu terima ataupun tidak hakikat ini.
1 comment:
Selalu lupe hakikat ini..
Post a Comment